RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun :1A
Bilangan Murid : 15 orang
Umur : 7 Tahun
Tarikh/Hari : 28/10/2011 ( Jumaat )
Masa : 0900am – 1000am
Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Perkara : Sains Fizikal
Tajuk : Lidah Untuk Merasa - Apa Rasanya
Penggabung Jalinan/ Kemahiran : menggunting, mewarna, menyanyi
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah merasai makanan atau minuman yang
pelbagai rasa.
Objektif Eksplisit : 1.) Murid-murid dapat menyebut secara lisan tentang makananatau
minuman mengikut rasa.
Objektif Implisit : 1.) Murid-murid dapat mengenal pasti bahagian tubuh badan
manusia yang berkaitan dengan deria rasa.
2.) Murid-murid dapat mengelas pelbagai bahan makanan
berdasarkan rasa manis, masin, pahit dan masam.
Penerapan Nilai-nilai murni : kerjasama, keselamatan diri
Bahan Bantu Mengajar(BBM) : puzzle, gula, garam, telur masin, peria, cuka, oren,
komputer (powerpoint), gunting, gambar, gam, pensel warna,
kad manila, Lembaran kerja
Langkah | Aktiviti | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit ) | 1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan yang ditetapkan. 2. Murid-murid diminta menyusun puzzle yang diberikan oleh guru. 3. Guru menanya soalan. a) Apakah gambar itu? Lidah. b) Apakah kegunaannya? Untuk merasa makanan dan minuman. 4. Guru mengemukakan tajuk pada hari ini. | BBM: puzzle (gambar lidah) |
Langkah 1 (10 minit ) | 1. Guru memberi beberapa jenis contoh makanan untuk dirasai oleh murid-murid. Contohnya, gula, garam, telur masin, peria, cuka dan oren. 2. Murid-murid dikehendaki menyatakan rasa kesemua makanan yang dirasai oleh mereka. 3. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan bahawa terdapat pelbagai rasa. 4. Guru memberitahu bahawa bukan semua makanan selamat dimakan. Oleh itu, pastikan makanan itu selamat dimakan baru boleh dirasa. | BBM:gula, garam, telur masin, peria, cuka, oren Nilai-nilai murni: keselamatan diri |
Langkah 2 ( 15 minit ) | 1. Guru menayangkan persembahan powerpoint. 2. Murid-murid diminta membaca dan mengeja perkataan seperti masam, manis, masin dan pahit. 3. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan makanan atau minuman mengikut rasa yang dikehendaki. | BBM: komputer (powerpoint) |
Langkah 3 ( 15 minit ) | 1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti kumpulan. 2. Ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk mengambil bahan-bahan yang diperlukan seperti gunting, gambar, gam, pensel warna dan kad manila. 3. Murid-murid diminta menggunting gambar yang diberikan. Kemudian gambar yang telah digunting itu dilekat pada kad manila mengikut pengelasan rasa. 4. Guru juga menyuruh murid-murid menghiasi hasil kerja mereka mengikut kreativiti ahli kumpulan. 5. Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang wakil untuk menunjukkan hasil kerja mereka. Mrurid-murid yang lain memberi komen. 6. Hasil kerja kumpulan yang tepet jawapannya dan cantik akan mendapat “sticker”daripada guru. | BBM: gunting, gambar, gam, pensel warna, kad manila Nilai Murni: Kerjasama Penggabung jalinan/kemahiran: Mengunting, mewrana |
Langkah 4 (10 minit ) | 1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid mengikut kumpulan mereka iaitu kumpulan cerdik dan kumpulan pemulihan. 2. Murid-murid melengkapkan lembaran kerja. 3. Guru membimbing murid-murid pemulihan. 4. Murid-murid dan guru membuat perbincangan jawapan lembaran kerja. | BBM: Lembaran kerja |
Penutup (5 minit ) | 1. Murid-murid diminta membaca lirik lagu. 2. Murid-murid mendengar lagu yang dimainkan. 3. Murid-murid menyanyi sambil bertepuk tangan dan membuat gerakan ke kanan ke kiri. 4. Murid-murid membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini. | BBM: powerpoint, komputer Penggabung jalinan/kemahiran: Menyanyi |
Refleksi:
Kebaikan / Kekuatan
Dengan menggunakan permainan sebagai set induksi saya telah menarik perhatian murid untuk menyertai pengajaran dan pembelajarn ini. Murid-murid saya berasa sangat gembira apabila saya menyuruh mereka menyusun puzzle ini. Mereka saling bekerjasama menyusun puzzle ini dan telah menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh saya. Dalam bahagian penutup pula, saya menggunakan teknik nyanyian. Murid-murid dan saya seronok menyanyi lagu mengikut iringan lagu. Pada akhir sekali, apabila saya menyuruh mereka membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini murid-murid saya telah menyatakan dengan betul dan tepat. Ini menunjukkan bahawa objektif pembelajaran saya telah tercapai.
Kelemahan
Dalam sepanjang proses pengajajaran dan pembelajarn ini saya mendapati saya tidak dapat menguasai masa dengan tepat. Saya telah membazirkan banyak masa dalam sesi langkah 1 iaitu menyuruh murid merasai rasa. Kebanyakkan di antara murid saya berasa segan apabila saya menyuruh mereka menjawap soalan saya. Justeru ia menyebabkan saya menggunakan selama 70 minit untuk menghabiskan pembelajaran ini. Selain itu, apabila saya menyuruh murid-murid merasai makanan saya juga mendapati terdapat beberapa orang murid asyik bercakap di belakang. Ini kerana saya tidak mmantau murid-murid lain dari satu tempat ke satu tempat.
Penambahbaikan
Dalam kawalan masa, saya akan memastikan setiap langkah rancangan harian saya berjalan seperti yang ditetapkan oleh saya agar tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Guru memainkan peranan yang penting dalam mematuhi ketepatan masa. Ketepatan masa dapat memastikan proses penajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, saya juga akan memastikan saya memantau murid-murid dari semasa ke semasa agar masalah disiplin tidak wujud di kalangan murid di mana ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya.