WELCOME.....


Monday 12 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun                                                   :1A
Bilangan Murid                                     : 15 orang
Umur                                                    : 7 Tahun
Tarikh/Hari                                           : 28/10/2011 ( Jumaat )
Masa                                                    : 0900am – 1000am
Pelajaran                                              : Dunia Sains dan Teknologi
Perkara                                                : Sains Fizikal
Tajuk                                                   : Lidah Untuk Merasa -  Apa Rasanya
Penggabung Jalinan/ Kemahiran            : menggunting, mewarna, menyanyi
Pengetahuan Sedia Ada                        : Murid-murid pernah merasai makanan atau minuman yang                                                               
                                                              pelbagai rasa.
Objektif Eksplisit                                  : 1.) Murid-murid dapat menyebut secara lisan tentang makananatau  
                                                              minuman mengikut rasa.
Objektif Implisit                                    : 1.) Murid-murid dapat mengenal pasti bahagian tubuh badan 
                                                                   manusia yang berkaitan dengan deria rasa.
                                                              2.) Murid-murid dapat mengelas pelbagai bahan makanan 
                                                                   berdasarkan rasa manis, masin, pahit dan masam.
Penerapan Nilai-nilai murni                    : kerjasama, keselamatan diri
Bahan Bantu Mengajar(BBM)               : puzzle, gula, garam, telur masin, peria, cuka, oren, 
                                                              komputer (powerpoint), gunting, gambar, gam, pensel warna,
                                                              kad manila, Lembaran kerja

Langkah
Aktiviti
Catatan
Set Induksi 
( 5 minit )  
      1.      Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan yang 
            ditetapkan.
      2.      Murid-murid diminta menyusun puzzle yang diberikan oleh
            guru.
      3.      Guru menanya soalan.
a)      Apakah gambar itu?
Lidah.
b)      Apakah kegunaannya?
Untuk merasa makanan dan minuman.
      4.      Guru mengemukakan tajuk pada hari ini.



BBM: puzzle
          (gambar 
           lidah)
Langkah 1
(10 minit )   
     1.      Guru memberi beberapa jenis contoh makanan untuk dirasai 
           oleh murid-muridContohnya, gula, garam, telur masin
           peria, cuka dan oren.
     2.      Murid-murid dikehendaki menyatakan rasa kesemua 
           makanan yang dirasai oleh mereka.
     3.      Guru membimbing murid-murid membuat rumusan 
           bahawa terdapat pelbagai rasa.
     4.      Guru memberitahu bahawa bukan semua makanan 
           selamat dimakan.  Oleh itu, pastikan makanan itu 
           selamat dimakan baru boleh dirasa.


BBM:gula, garam,
          telur masin,
          peria, cuka,
          oren

Nilai-nilai murni:
keselamatan diri
Langkah 2
( 15 minit )
     1.      Guru menayangkan persembahan powerpoint.
     2.      Murid-murid diminta membaca dan mengeja  perkataan 
           seperti masam, manis, masin dan pahit.
     3.      Murid-murid dikehendaki menyenaraikan makanan atau 
           minuman mengikut rasa yang dikehendaki.

BBM:    komputer  
         (powerpoint)
Langkah 3
( 15 minit )
     1.      Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan untuk 
           menjalankan aktiviti kumpulan.
     2.      Ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk 
           mengambil bahan-bahan yang diperlukan seperti gunting, 
           gambar, gam, pensel warna dan kad manila.
     3.      Murid-murid diminta menggunting gambar yang 
           diberikan.  Kemudian gambar yang telah digunting itu dilekat 
           pada kad manila mengikut pengelasan rasa.
     4.      Guru juga menyuruh murid-murid menghiasi hasil kerja 
           mereka mengikut kreativiti ahli kumpulan.
     5.      Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang wakil 
           untuk menunjukkan hasil kerja mereka.  Mrurid-murid 
           yang lain memberi komen.
     6.      Hasil kerja kumpulan yang tepet jawapannya dan cantik 
           akan mendapatsticker”daripada guru.




BBM: gunting, gambar, gam, pensel warna, kad manila


Nilai Murni:
Kerjasama

Penggabung jalinan/kemahiran:
Mengunting, mewrana
Langkah 4
(10 minit )
     1.      Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid 
           mengikut kumpulan mereka iaitu kumpulan cerdik dan 
           kumpulan pemulihan.
     2.      Murid-murid melengkapkan lembaran kerja.
     3.      Guru membimbing murid-murid pemulihan.
     4.      Murid-murid dan guru membuat perbincangan jawapan 
           lembaran kerja.

BBM:  Lembaran kerja
Penutup
(5 minit )
     1.      Murid-murid diminta membaca lirik lagu.
     2.      Murid-murid mendengar lagu yang dimainkan.
     3.      Murid-murid menyanyi sambil bertepuk tangan dan 
           membuat gerakan ke kanan ke kiri.
     4.      Murid-murid membuat kesimpulan terhadap pembelajaran 
           hari ini.

BBM: powerpoint, komputer

Penggabung jalinan/kemahiran:
Menyanyi


Refleksi:
Kebaikan / Kekuatan
Dengan menggunakan permainan sebagai set induksi saya telah menarik perhatian murid untuk menyertai pengajaran dan pembelajarn ini. Murid-murid saya berasa sangat gembira apabila saya menyuruh mereka menyusun puzzle ini. Mereka saling bekerjasama menyusun puzzle ini dan telah menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh saya. Dalam bahagian penutup pula, saya menggunakan teknik nyanyian. Murid-murid dan saya seronok menyanyi lagu mengikut iringan lagu. Pada akhir sekali, apabila saya menyuruh mereka membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini murid-murid saya telah menyatakan dengan betul dan tepat. Ini menunjukkan bahawa objektif pembelajaran saya telah tercapai.

Kelemahan
Dalam sepanjang proses pengajajaran dan pembelajarn ini saya mendapati saya tidak dapat menguasai masa dengan tepatSaya telah membazirkan banyak masa dalam sesi langkah 1 iaitu menyuruh murid merasai rasa. Kebanyakkan di antara murid saya berasa segan apabila saya menyuruh mereka menjawap soalan saya. Justeru ia menyebabkan saya menggunakan selama 70 minit untuk menghabiskan pembelajaran ini. Selain itu, apabila saya menyuruh murid-murid merasai makanan saya juga mendapati terdapat beberapa orang murid asyik bercakap di belakang. Ini kerana saya tidak mmantau murid-murid lain dari satu tempat ke satu tempat.

Penambahbaikan
Dalam kawalan masa, saya akan memastikan setiap langkah rancangan harian saya berjalan seperti yang ditetapkan oleh saya agar tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Guru memainkan peranan yang penting dalam mematuhi ketepatan masa. Ketepatan masa dapat memastikan proses penajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, saya juga akan memastikan saya memantau murid-murid dari  semasa ke semasa agar masalah disiplin tidak wujud di kalangan murid di mana ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran saya.





Sunday 23 October 2011

Membuktikan Tumbuhan Minum

Tumbuhan memerlukan air untuk hidup. Dengan membuat perubahan warna pada bunga, kita biasa membuktikan bahawa air mengalir melalui batang tumbuhan dan masuk ke bunga. Bunga yang asalnya berwarna putih akan berubah warna sesuai dengan warna yang kita kehendaki.

Bahan dan Alat :
  1. 3 tangkai bunga warna putih
  2. 4 buah gelas
  3. pisau
  4. air
  5. tinta warna merah dan hijau atau pewarna makanan

Langkah-langkah :
  1. Tuangkan tinta atau pewarna makanan pada setiap gelas. Kemudian tambahkan sedikit air.
  2. Pangkas batang cabang bunga. Belah bahagian batang pada salah satu tangkai bunga.
  3. Letakkan satu tangkai bunga pada air berwarna merah dan satu tangkai pada iar berwarna hijau. Tangkai bunga yang terbelah letakkan pada dua gelas (sebahagian pada air berwara merah dan air berwarna hijau bahagian tangkai yag lainnya).
  4. Biarkan bunga di ruangan yang hangat. Perlahan-lahan bunga itu akan berubah warna. Air berwarna akan berjalan ke atas batang dan ke kelopak bunga, mengubah warna kelopak bunga menjadi merah atau hijau.

Refleksi:
Setelah mempunyai pengalaman dalam membuat eksperimen petama iaitu cara-cara membuat pelangi telah memudahkan saya dalam mengawal disiplin nurid-nurid semasa menjalani eksperimen ini. Sepanjang eksperimen ini berjalan dengan lancar. Saya juga mendapati murid-murid lebih menyukai menjalani eksperimen berbanding dengan kali pertama. Mereka ternanti -nanti menunggu saya memberi arahan kepada mereka untuk menjalani eksperimen.

Thursday 20 October 2011

Cara-cara membuat Pelangi



Pelangi memiliki 7 warna, iaitu : merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan ungu. Pelangi terjadi, jika cahaya matahari dibiaskan secara berganda oleh butir-butir air hujan sehingga terurai menjadi beberapa warna. Kalau kita perhatikan, cahaya matahari yang memancar seolah-olah hanya mempunyai satu warna, iaitu putih. Peruraian cahaya putih menjadi berwarna tersebut disebut dispersi warna. Deretan warna yang dihasilkan oleh dispersi warna disebut spektrum warna.

Kita dapat menguraikan warna putih matahari menjadi warna pelangi dengan melakukan percubaan berikut ini :


Alat dan Bahan :
  • Cermin datar
  • Baskom atau bak air
  • Air bening
  • Kertas manila putih

Langkah-langkah :
  1. Bawalah semua peralatan ke luar ruangan yang cukup sinar matahri.
  2. Aturlah baskom, cermin datar, dan kertas manila putih sehingga pantulan cahaya matahari dapat dipanulkan cermin ke kertas manila putih.
  3. Isilah baskom dengan air bening sampai hampir penuh.
  4. Pantulan cahaya putih yang tertangkap layar kertas manila putih akan menjadi beberapa warna pelangi.
Refleksi:
Setelah menjalani eksperimen ini di dalam kelas, saya mendapati murid-murid lebih suka menjalani eksperimen daripada kita menggunakan 'chalk and talk" sahaja. Dalam sepanjang menjalani eksperimen ini, murid-murid asyik mengemukakan soalan kepada saya tentang langkah-langkah menjalani eksperimen sehingga menyebabkan eksperimen ini tidak dapat dijalankan seperti masa yang ditetapkan oleh saya. Ini mungkin disebabkan saya tidak memberikan arahan tentang jelas kepada mereka. Saya juga mendapati eksperimen ini telah memudahkan murid-murid mengingati isi yang disampaikan oleh cikgu dengan mudah. Mereka juga tertanya-tanya bilakah saya akan mengadakan aktiviti ini seperti ini lagi. Oleh itu, saya perlu mencari lebih banyak aktiviti seperti ini agar murid-murid dapat menimba ilmu sains mereka melalui pembelajaran yang seronok dan kreatif.